02 November 2008
Sabah Mahu Kerusi Naib Presiden Umno
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Satu daripada tiga kerusi Naib Presiden parti perlu diberikan kepada pemimpin Umno Sabah sebagai menghargai peranan parti itu dalam pilihan raya umum lepas, kata calon Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu berkata pengorbanan rakyat Sabah dalam memastikan kejayaan Umno sebagai tunggak Barisan Nasional perlu diiktirafkan dengan meletakkan seorang daripada pemimpin Umno di negeri itu sebagai pemimpin nombor tiga dalam parti.
"Jawatan ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkuatkan jambatan sedia ada antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2008 di sini, hari ini.
- Bernama
koi : Wey Pie .. ngko ingat nak jawatan Naib Presiden tu boleh mintak simpati ker? Ngko bukan tak tau budaya dalam Umno tu sape yang banyak duit dia la berkuasa. Kalau ngko setakat merayu dengan air liur basi macam tu jangan harap la. Ngok tak payah la merayu macam tu. Tabur je kat perwakilan tu nanti boleh la ngko menang. Tapi bukan kena tabur sikit-sikit. Ngko ingat perwakilan tu kesian kat ngko ker nak bagi undi percuma nanti??

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment