07 December 2008

Akhirnya MB Johor mengaku pasir dieksport ke Singapura


KOI : Melalui akhbar Mingguan Malaysia (edisi cetak) hari ini, akhirnya Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengesahkan bahawa pasir silika memang dieksport ke Singapura. Beliau juga menyatakan bahawa batu kuari adalah dibenarkan untuk dieksport jika ianya tidak melebihi 9 inci diameter. Menurut beliau lagi pasaran yang paling hampir adalah Singapura.

Kuari di Teluk Ramunia adalah bekas lombong bauxite yang diusahakan oleh Promet Fabrication Sdn. Bhd. Tiga kawah besar yang dilaporkan wujud di kawasan tersebut, telah dihentikan pada tahun 2000.

Jadi kita tidak dapat membayangkan betapa banyaknya pasir dan batu Johor yang telah dipunggah ke Singapura semenjak kuari tersebut memulakan operasi pada tahun 1960-an sehingga ianya ditutup pada tahun 2000.

Nampaknya kita bukan sahaja menjual air kepada Singapura, malah batu dan pasir. Sekiranya BN terus dibiarkan memerintah, nescaya maruah negara pun turut akan dijual kepada Singapura.

Rupanya pengkhianatan ini telah bermula semanjak tahun 1960-an lagi iaitu dizaman pemimpin Umno terdahulu. Maka benarlah slogan yang mereka laung-laungkan iaitu UMNO .. dulu, kini dan selamanya ..wujudnya Umno dimuka bumi ini sebagai PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!

No comments: