KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU (P036)
MOHD ABDUL WAHID ENDUT (PAS) : 32,883
DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH (BN) : 30,252
AZHARUDIN MAMAT @ ADAM (BEBAS) : 193
MAJORITI : 2,631
Kekalahan ini benar-benar memberikan tamparan yang amat memalukan buat Najib Razak yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri pada bulan mac nanti. Sebenarnya Najib terlalu mengharapkan BN memenangi pilihanraya ini kerana ianya sebagai bukti peneriman semula sokongan rakyat terhadap BN tetapi sayangnya perkara ini tidak menjadi kenyataan. Najib pernah menegaskan bahawa pilihanraya ini adalah merupakan perhitungan hidup mati baginya.
Ketika mengulas kekalahan calon BN semalam, Najib berkata beliau tidak fikir ia akan memberi kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Kata najib lagi, beliau juga tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih kuasa dari perdana menteri sekarang. Sebenarnya Najib sememangnya dapat merasai kesan daripada kekalahan ini, sekiranya mood pengundi masih kekal sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti, nasib BN yang dipimpinnya pasti dirundung malang. Najib sengaja mahu mensasarkan tanggapan rakyat kononnya kekalahan ini tidak memberi kesan kepada BN.
Kekalahan ini juga adalah merupakan petanda yang amat jelas bahawa bahtera Titanic BN akan tenggelam. Kepada sesiapa yang masih leka dibuai mimpi yang didendangkan dengan lagu-lagu indah dan retorik pemimpin Umno dan BN, elok lah berhijrah sekarang sebelum terlambat. Bahtera BN yang bocor disana-sini sudah tidak dapat diperbaiki lagi dan hanya menuggu masa sahaja untuk karam.
Kepada pengundi di Kuala Terengganu, sila senaraikan semua janji projek yang telah ditaburkan oleh pemimpin BN semasa kempen baru-baru ini. Sila membuat desakan dan gesaan agar semua janji tersebut ditunaikan. Dari pengalaman lalu, biasanya boleh dikatakan kebanyakan projek janji pilihanraya BN tidak akan dilaksanakan selepas BN mencapai kemenangan, inikan pula BN kalah.
No comments:
Post a Comment