22 January 2009

BN perlu lakukan tiga perubahan supaya tidak cepat berkubur


SHAH ALAM 22 Jan. - Calon Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menggariskan tiga perubahan yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk meraih kembali sokongan rakyat.

Beliau berkata perubahan itu membabitkan dalam BN sendiri, pentadbiran kerajaan dan dasar ekonomi.

Antara perubahan yang patut dilakukan dalam BN ialah membuka keanggotaan kepada parti-parti yang berminat menyertainya, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagi pentadbiran kerajaan pula, beliau mencadangkan jumlah kakitangan kerajaan ditambah bagi membolehkan masalah yang dihadapi rakyat dapat diatasi segera dan lebih berkesan.

Sebagai contoh, Petaling Jaya sebuah kawasan perbandaran yang besar dan akan dapat ditadbir dengan lebih berkesan jika pentadbirannya dipecahkan kepada tiga atau empat daerah, katanya. - Bernama

No comments: