27 January 2009

Keputusan Nasaruddin sertai PKR ibarat pukulan maut bagi BN Perak


IPOH 26 Jan. - Keputusan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pasti menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN), kata Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Katanya keputusan Nasaruddin itu telah membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN serta ianya menyebabkan kedudukan Pakatan Rakyat semakin kukuh.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak semakin hancur dan tiada lagi harapan untuk merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

- Bernama

No comments: