08 January 2009
SPR syor pinda kaedah penamaan calon elak ketegangan - PETANDA SPR AKAN TERUS BERSEKONGKOL DENGAN BN !
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat sudah tiba masanya kaedah proses penamaan calon wajar dikaji semula agar ia bersesuaian dengan peredaran masa dan bagi mengelakkan suasana tegang ketika urusan penamaan calon.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya merasakan beberapa aspek urusan proses penamaan calon diteliti semula bagi mengelakkaan kerumitan dan ketegangan ketika proses penamaan calon.
"Kaedah penamaan calon perlu diteliti untuk melancarkan proses penamaan calon supaya tidak jadi tegang, merumitkan pihak penguat kuasa dan pelaksana pilihan raya seperti SPR dan polis... ini memerlukan sokongan semua pihak, duduk berbincang mencari kaedah yang sesuai," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.
Dengan merujuk kepada perkembangan pilihan raya kecil di Ijok, Selangor awal 2007 dan Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu, Wan Ahmad memberitahu, pihaknya merasakan beberapa aspek dalam urusan penamaan calon boleh ditimbangkan untuk diperbaiki demi kebaikan semua.
Bagaimanapun beliau menegaskan, ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk parti-parti politik.
"Kita boleh mengesyorkan kepada kerajaan tetapi parti-parti politik juga perlu duduk berbincang dan bersepakat dalam soal ini," katanya.
Bagaimanapun urusan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Lebih 25,000 penyokong kedua-dua parti utama yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membanjiri kawasan luar Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud Selasa lalu.
Ia merupakan perhimpunan terbesar berbanding di Permatang Pauh Ogos lalu.
Proses penamaan calon di Ijok dan Permatang Pauh masing-masing menyaksikan insiden yang mencemari urusan penamaan calon dengan kejadian baling-membaling botol dan kayu serta jurugambar diserang.
Malah urusan penamaan calon di kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan menyaksikan penggunaan kata-kata kasar yang mencetuskan ketegangan di kalangan penyokong.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Shukri Dahlan menyifatkan proses penamaan calon di Kuala Terengganu Selasa lalu sebagai paling lancar sejak dua tahun yang lalu.
Ia antara lain disumbangkan oleh penempatan kira-kira 6,000 orang anggpta polis di Kuala Terengganu.
Ketika diminta mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya merasakan boleh menggunakan beberapa kaedah baru seperti memanjangkan tempoh penamaan calon tanpa hanya dihadkan kepada satu hari sahaja sebagaimana sekarang.
Selain itu, kata beliau, kaedah mengemukakan borang penamaan calon boleh dikemukakan atas talian atau secara online.
"Kaedah ini diamalkan di negara-negara maju yang lain. Kita boleh mengkaji untuk menggunakannya di sini," kata beliau sambil menambah, "parti-parti politik boleh mengelakkan himpunan penyokong yang terlalu ramai ketika hari penamaan calon."
- mStar Online
Kenapa pula tiba-tiba je SPR nak pinda kaedah penamaan calun sedangkan menurut kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Shukri Dahlan, proses penamaan calon di Kuala Terengganu Selasa lalu sebagai paling lancar sejak dua tahun yang lalu. Ini mesti disebabkan jumlah penyokong PR jauh lebih ramai daripada penyokong BN. Semenjak selepas tsunami politik 8 Mac 2008 dan bermula dengan penamaan calun Permatang Pauh dan terbaru Kuala Terengganu, kesemuanya jumlah penyokong PR lebih ramai. Jadi situasi ini secara tidak langsung telah menjatuhkan moral BN. Sudah semestinya BN merasa kecut perut dengan situasi tersebut yang jelas memperlihatkan bahawa rakyat masih menolak BN.
Seandainya fenomena ini berterusan sehingga ke Pilihanraya Umum ke-13 nanti, adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi bahawa BN pasti akan TERSUNGKUR!. Disebabkan keadaan ini maka puaka-puaka Umno dan BN akan sekali lagi mempergunakan SPR yang sememangnya telah lama menjadi alat untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan BN, mahukan kaedah penamaan calun dipinda, supaya BN tidak kelihatan telah kalah pada pusingan pertama iaitu semasa proses penamaan calunt.
Sebenarnya BN telah tidak termampu untuk membendung gelombang kebangkitan rakyat. Walau dengan apa cara sekali pun BN cuba untuk membendung kebangkitan tersebut, namun semuanya serba tidak menjadi kerana penolakan rakyat terhadap BN telah sampai ketahap penolakan secara total. BN pasti akan tumbang pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment