13 March 2009

Plak 'pokok demokrasi' dipecahkan .. angkara siapa lagi kalau bukan angkara puak-puak celaka !

Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.

Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 24 Februari lalu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah.


Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan sidang DUN yang bersejarah tersebut tidak dirosakkan.

Edisi dalam talian China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Speaker DUN V Sivakumar, yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai "tidak bermoral".

Sementara itu, exco Pakatan, Ngeh Kor Ming berkata, Pakatan akan lancarkan kempen - seorang RM1 - untuk membina tugu baru yang mengandungi empat bahasa.

"Ini kerana ramai pelancong datang untuk melawat pokok demokrasi tersebut, menjadikannya tempat tarikan pelancongan terbaru.

"Pagi ini, tiga orang pelancong luar negara dari California, Australia dan Jerman, yang melawat tempat tersebut," katanya.

- Malaysiakini

CUBA TANYA DIRI SENDIRI ... ADAKAH ITU ANGKARA PARTI LAIN DALAM KOMPONAN BN? ADAKAH ANGKARA MCA? ADAKAH ANGKARA MIC? ADAKAN ANGKARA GERAKAN? ATAU ADAKAH ANGKARA PBS YANG SENGAJA DATANG DARI SABAH SEMATA-MATA BERTUJUAN NAK PECAHKAN PLAK TU? SEMUA AKAN MENGATAKAN BUKAN ... JADI JAWAPAN YANG PASTI ADA DALAM MINDA ANDA ... ITU ADALAH ANGKARA PUAK-PUAK UMNO KAN? DAN SELEPAS INI MUNGKIN POKOK BESAR TEMPAT ADUN BERSIDANG ITU PUN AKAN JADI MANGSA PUAK-PUAK INI. SAMA-SAMA KITA TUNGGU ...

POLIS TAK NAK SIASAT KER SIAPA YANG PECAHKAN PLAK TU? POLIS MALAYSIA KAN POLIS PALING CEKAP DAN PALING CEPAT BERTINDAK KAN.. KAN.

No comments: