05 March 2009
SPRM ada asas siasat Sivakumar atas kesalahan salah guna kuasa
MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai asas untuk menyiasat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar atas kesalahan menyalah guna kuasa.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata Speaker DUN tidak kebal undang-undang dan boleh disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan itu.
"Berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima, Speaker DUN Perak disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009. Speaker adalah seorang pegawai badan awam yang tidak terlepas daripada disiasat mengikut seksyen itu, jika disyaki melakukan kesalahan menggunakan jawatan dan kedudukannya. "Beliau tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya," katanya.
- Berita Haprak
Kenapa SPRM hanya nampak salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat sahaja? Dalam kes di Perak, SPRM tak nampak penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh MB Barisan Nasional Perak, SUK serta Pihak Polis? MB kerajaan haram telah mengarahkan SUK supaya pintu dewan dikunci tidakkah itu satu penyalahgunaan kuasa? Tindakan polis menghalang sidang dewan tidakkah satu penyalahgunaan kuasa? Sepatutnya SPRM mesti menyiasat ketiga-tiga pihak ini sekiranya SPRM tidak mahu dilebelkan sebagai 'Suruhanjaya Penjilat' UMNO dan BN.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment