20 May 2009

Khairy : Bukan takut tapi 'tak berani'

KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.

“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.

“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang pertama di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini.

Walau apa-apa pun alasan lawak bodoh BN untuk tidak bertanding di Penanti, rakyat tetap memandang BN sebagai sebuah parti yang bacul. Tidak seperti ditahun-tahun 1980an dahulu, ketika itu BN begitu angkuh kerana mengatakan dalam mana-mana kerusi yang ditandingi oleh BN melawan parti pembangkang, kalau BN meletakkan Tunggul Kayu bertanding pun, BN tetap menang. Tetapi sekarang apa sudah jadi? BN sudah menjadi parti yang tidak ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Akibat daripada tindakan yang memalukan BN ini, akan menyebabkan penyokong BN sudah tidak ada semangat lagi untuk mengundi BN dalam pilihanraya akan datang

No comments: