14 May 2009

Perak kini ditadbir oleh MB Haram


Pada 11 Mei 2009 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Ini bermakna Zambry Kadir daripada Barisan Nasional adalah Menteri Besar yang tidak sah atau dalam kata lain Menteri Besar Haram.

Kemudian pada 12 Mei 2009, Zambry telah berjaya mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Ekoran daripada itu, Mohd Nizar telah akur dengan perintah tersebut lalu mengosongkan Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Persoalannya sekarang, kenapakah Zambry Kadir yang telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang tidak sah dibenarkan menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Perak. Bagaimana seorang yang bukan dilantik mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak boleh dibiarkan mentadbir Negeri Perak.

Perintah Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sekadar penangguhan bagi Mohd Nizar daripada menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar tetapi bukannya dengan penangguhan tersebut bermakna Zambry boleh meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

No comments: