
Perdana Menteri berkata, masa yang berlalu sudah menyaksikan jambatan yang dibina pejuang terdahulu dengan segala susah payah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.
Katanya, golongan ini mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.
- Berita Harian
Bagaimana hendak meruntuhkaan tembok perkauman sedangkan UMNO sejak dahulu hingga sekarang masih terus memainkan isu perkauman mau pun isu agama, terutama ketika sokongan rakyat terhadap UMNO/BM semakin merosot.
Dengan membangkitkan sentimen perkauman sempit, UMNO mengharapkan supaya orang Melayu akan terus menyokong UMNO kerana dengan bantuan media arus perdana yang menjadi penjilat BN, akan digambaarkan seolah-olah UMNO adalah satu-satunya parti yang membela bangsa Melayu.
Selama ini sebenarnya merekalah yang telah sengaja membina tembok tersebut demi untuk menjamin kelangsungan parti mereka.
No comments:
Post a Comment