16 September 2009

Isu selipar: Pemimpin BN, NGOK sanjung perwakilan MIC


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Tindakan berani seorang perwakilan MIC mencadangkan agar 'kalungan selipar' diletakkan pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus dipuji oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga pertubuhan bukan kerajaan yang pro BN (NGOK).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noor Osman berkata, cadangan itu memang wajar dikemukakan oleh pemimpin daripada mana-mana parti terutama komponen BN sendiri.

Katanya, pihak yang terbabit tidak harus menghormati jasa yang telah disumbangkan oleh Dr. Mahathir kerana semasa era pemerintahannya, beliau hanya membela kroni beliau sahaja dan tidak mementingkan seluruh rakyat terutama kaum India sendiri.

''Secara peribadi saya menganggap perwakilan itu memang wajar membuat cadangan sedemikian. Beliau tidak perlu menunjukkan rasa hormat kepada Dr. Mahathir sebagai orang yang tidak berjasa sama sekali" ujarnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Negeri Pasir Berdengung, Datuk T. Rajamanikam ketika dihubungi berkata, cadangan berhubung kalungan selipar yang dikemukakan oleh seorang perwakilan MIC adalah mewakili keseluruhan isi hati ahli parti dan orang India.

Beliau menegaskan, pada perhimpunan agung parti berkenaan, seramai 1,500 perwakilan hadir dan hanya seorang yang mengeluarkan cadangan itu adalah mewakili sebahagian besar perwakilan.

''Perwakilan itu bercakap terlalu emosi dan apabila emosi itu diluahkan, ia tidak lagi mengambil kira soal sensitiviti dan akibatnya boleh menggugat perpaduan kaum," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Melayu Pulau Ketam menggesa Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menzahirkan cadangan tersebut dengan segera sebelum isu itu lenyap begitu sahaja.

Persatuan itu turut mencadangkan MIC dan BN memberi penghormatan kepada perwakilan terbabit kerana keberaniannya sekali gus mampu meraih populariti beliau dikalangan kaum India.

Presiden Penjilat BN, Datuk Seri Yaakub Mat Aris berkata: ''Penghargaan wajar diberi kerana kita mahu semua pihak merasa berhak membuat kenyataan yang mampu menyedarkan rakyat negara ini''.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan, Zainal Abidin Hussain menyifatkan tindakan perwakilan tersebut sebagai membanggakan kerana ia datang daripada sebuah parti komponen BN yang berani mengemukakan cadangan tersebut dalam dewan yang diasaskannya.

''Kita yakin jika Samy Vellu tahu bagaimana perasaan orang Melayu beliau akan buat apa yang kita minta untuk mengelak tindakan balas daripada kita pada masa akan datang,'' tegasnya.

Presiden Gagasan Pengkhianat Melayu Perak, Datuk Seri Abdul Halim Isma berkata, pemimpin MIC perlu bersyukur dan tidak melupakan jasa para pemimpin Melayu terdahulu yang memberi hak kaum minoriti itu tinggal di negara bertuah ini.

''Samy Vellu selalu meminta pertolongan Perdana Menteri berhubung kaum India dan kalau itu tidak diinsafi MIC, kita amat kesal sekali." katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua ahli MIC juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan calon mereka pada pilihan raya sebelum ini termasuk di kawasan Samy Vellu adalah kerana sokongan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, katanya, sikap angkuh dan lupa diri yang diamalkan oleh pemimpin MIC itu kerana enggan berundur daripada politik menyebabkan pengundi meluat dan beralih arah.

''Semua rakan seangkatannya sudah meletak jawatan tetapi beliau belum lagi. Jadi, kalau benar Samy Vellu seorang pejuang masyarakat India dan Presiden MIC, beliau perlu menghargai tindakan perwakilan berkenaan,'' katanya.

- Utusan Malaon

1 comment:

vasantarao appalasamy said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimah!