17 October 2008
Anugerah Datuk Kepada Shah Rukh Khan Terus Dipersoal
"Pengarah yang pilih lokasi kenapa pula pelakun yang menerima anugerah?"kata Pengerusi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof.
koi : Sebagai insan seni yang berpengalaman dalam bidang perfileman, apa yang dipersoalkan oleh beliau tepat sekali. Dalam kerja pembikinan sesabuah filem, pelakun hanya berlakun sahaja. Pemilihan lokasi penggambaran adalah tugas pengarah. Dalam kes penganugerahan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan ni, apa logiknya anugerah itu diberikan kepada SRK , sepatutnya pengarah yang menerima anugerah tersebut.
Jadi alasan Ketua Menteri Melaka anugerah itu sebagai pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang adalah tidak masuk akal sama sekali.
Sehingga kini Sanator Tan Sri Jins Shamsudin hanya membisu seribu bahasa. Kemana perginya roh perjuangan beliau sebagai anak seni sehingga langsung tidak berani membuka mulut dalam isu ini?. Apakah beliau takut untuk mempertikaikan anugerah tersebut kerana bimbang kehilangan peluang bagi mendapatkan pencalunan untuk MT Umno?. Kalau pada peringkat ini pun beliau sudah tidak ada keberanian untuk bersuara demi membela seniman, maka jangan diharap lagi andai beliau sudah naik keatas dalam arena politik tanahair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment