16 October 2008

MIC Terus Bincang Bebaskan Pemimpin Hindraf Supaya Kelihatan MIC Pembela Kuam India

KUALA LUMPUR : MIC akan terus berbincang dengan kerajaan bagi membebaskan lima pemimpin Hindraf walaupun kerajaan semalam mengisytiharkan pertubuhan itu haram, kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, hari ini.

Beliau berkata usaha itu dilakukan atas dasar perikemanusiaan dan bukannya kerana Hindraf.

- Berita Haprak Online

koi : Tak payah la Samy Vellu susah-susah nak gi bincang ngan kerajaan .. rakyat semua dah tau tu hanya sandiwara jer kan? Memang kerajaan akan bebaskan pemimpin Hindraf tu sebab tak der apa-apa kesalahan pun segi undang-undang yang dah mereka lakukan. Tapi nak bebaskan pemimpin tu saje tunggu MIC bincang ngan kerajaan (berlakun la tu) supaya rakyat tengok konon-konon pembebasan tu atas usaha MIC kan kan? Tujuan lakunan tu mudah jer iaitu supaya masyarakat India merasakan hanya MIC sahaja yang boleh meembela masyarakat India dan selepas ini diharapkan moga-moga masyarakat India akan kembali menyokong MIC dan BN kerana membebaskan pemimpin Hindraf. Tapi yang sebenarnya selama ni takder apa pun MIC perjuangkan untuk masyarakat India tu. Sama juga dengan Umno .. tektik yang sama digunakan untuk menampakkan seolah-olah Umno pembela nasib Melayu. Semua tu lawak bodo semua rakyat dah tau!

No comments: