14 October 2008

Ketua Menteri Tak Tahu Nak Ulas Isu Anugerah Datuk Shah Rukh Khan

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini enggan mengulas bantahan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai penganugerahan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.

"Saya tidak mahu komen apa-apa," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Semalam, Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, berkata penganugerahan pingat kebesaran kepada Shah Rukh Khan itu tidak relevan atas kriteria apa pemilihannya.

- Berita Haprak Online

kekure : Enggan ulas atau tak tau nak ulas??? Takut kalau ulas nanti rakyat boleh pertikaikan kan? Kalau nak bagi alasan biar la alasan yang logik dan bole diterima walau budak sekolah rendah pun bole terima alasan tu.

No comments: