13 October 2008
Kelentong Undi, Main Duit Menangkan Khairy?
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Seorang blogger Umno mendakwa penipuan proses undi, permainan politik wang, insiden-insiden pergaduhan dan manipulasi perjalanan mesyuarat oleh pihak yang berkuasa Umno bahagian berlaku di kebanyakan tempat di mana menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan sebagai Ketua Pemuda Umno.
A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com) juga mendakwa, Khairy tidak mempunyai sokongan akar umbi dan "nampaknya lebih mendapat sokongan dari bahagian yang mempunyai pertalian dengan ahli jemaah kabinet dan pihak berkuasa Umno negeri atau bahagian".
Di Johor Baru, katanya, mesyuarat Pemuda Umno bahagian berakhir dengan insiden pergaduhan berlaku apabila pihak penentang Khairy dilapor mendedahkan salahlaku kuncu-kuncu menantu Perdana Menteri di bahagian itu dalam ucapan penangguhan mesyuarat.
Sebagai contoh, beliau menyiarkan perjalanan mesyuarat Pemuda Umno Gelang Patah di mana para perwakilan enggan menerima keputusan pengundian tetapi pihak yang mengendalikan mesyuarat dan pengundian enggan menerima desakan majoriti perwakilan supaya undi dikira semula.
Dalam mesyuarat tersebut, sebaik sahaja Pengerusi Tetap mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda Umno Malaysia yang dimenangi oleh Khairy yang didakwa memperolehi 61 undi, perwakilan telah mengejek keputusan tersebut malah ada yang bangun mempertikaikan cara pengiraan undi dijalankan.
Bagaimanapun, bantahan tersebut tidak dipedulikan dan Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian pencalonan Naib Ketua yang dimenangi oleh Datuk Reezal Merican Naina Merican yang didakwa memperolehi 85 undi. Sekali lagi perwakilan telah mengejek keputusan tersebut.
Keadaan terus kecoh dan salah seorang perwakilan juga telah bangun meminta undi dikira semula dan disokong oleh majoriti perwakilan.
Tetapi sekali lagi, Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut dan cuba untuk menangguhkan persidangan tetapi tidak dipersetujui oleh perwakilan dan terus meminta kertas undi dibentangkan dan dikira semula di hadapan semua perwakilan.
Kekecohan dan keadaan menjadi kelam kabut semakin buruk dan persidangan akhirnya ditangguhkan oleh Pengerusi Tetap walaupun dibantah majoriti perwakilan.
Selepas itu, kira-kira 80 peratus perwakilan menandatangani petisyen di luar dewan membantah keputusan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah itu.
- HarakahDaily
kekure : Dilihat dari pencalunan jawatan Ketua Pemuda berdasarkan Mesyuarat Bahagian pada minggu lepas, ternyata Datuk Mukhriz mendapat lebih pencalunan berbanding dengan menantu PM ni. Situasi ni membuatkan Khairy merasa cemas kalau-kalau sehingga habis semua bahagian bersidang nanti, dia masih tidak mendapat kuota yang minima untuk bertanding jawatan tersebut. Rupa-rupanya pengumuman Abdullah Badawi nak menyerahkan kuasa kepada Najib, puakanya telah mula menimpa Khairy. Memang beginilah budaya didalam Umno, bila dah tidak memegang kuasa, semua orang yang selama ini berada disekeliling akan beralih kepada pemimpin baru yang akan memegang tampuk. Kini telah mula kelihatan beberapa acara yang dihadiri oleh Abdullah Badawi telah dipandang sepi oleh puak-puak Umno sendiri.Sekiranga senario ini berterusan sebegini, impian Khairy untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda Umno akan berkecai.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment