13 October 2008
Proses Evolusi Dalam UMNO !
Bermula dengan semangat Nasionalis yang membara untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Maka lahirlah berbagai gerakan Melayu di seluruh Semenanjung yang bergerak atas landasan yang satu iaitu untuk menentang penjajahan lalu gerakan itu bersatu, maka lahirlah UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar.
Atas ikhsan British maka kemerdekaan telah diberi kepada Tanah Melayu pada tahun 1957. Pejuang tulin yang menentang penjajah seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Datok Bahaman dan ramai lagi telah dilebelkan sebagai penjenayah atau pengkhianat. Maka berkokoklah UMNO selama setengah abad ini kononnya merekalah pejuang bangsa sedangkan semua rakyat tahu tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang terkorban dalam perjuangan menentang penjajah.
Peringkat awal kemerdekaan seperti pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan zaman Tun Abd. Razak, UMNO memang terbukti membantu membangunkan negara. Pemimpin pada waktu itu adalah ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan negara. Tetapi apabila zaman berubah dan negara telah maju maka pemimpin telah dipengaruhi oleh faktor kebendaan dan bukan lagi memimpin untuk rakyat.
Disebabkan situasi tersebut maka pemimpin telah berebut-rebut untuk menjadi pemimpin samada diperingkat pusat, bahgian malah peringkat cawangan. Untuk menjadi pemimpin bukan lagi terletak pada bakat kepimpinan tetapi pemimpin akan terpilih apabila pemimpin berjaya memenuhkan poket perwakilan yang akan mengundi untuk membuat pemilihan maka berjayalah orang itu menjadi pemimpin. Bagi mereka yang tidak mampu menyediakan semua itu akan tersingkir dan tersungkur dalam perjuangan walau sehebat mana sekali pun bakat kepimpinan yang ada pada dirinya. Disini lah bermulanya rasuah politik yang telah melahirkan pemimpin yang dipilih secara rasuah.
Amalan kronisma bermula dari pemimpin atasan yang memberikan projek atau seumpamanya sebagai membalas budi diatas kesetiaan ketika pemilihan.
Pemimpin UMNO pada hari ini bukan lagi sibuk untuk membantu rakyat, tetapi asyik sibuk berpolitik untuk mempastikan terpilih dalam pemilihan peringkat MT, bahagian atau pun peringkat cawangan. Maka matlamat asal mereka berpolitik iaitu untuk Agama, Bangsa dan Negara telah jauh tersasar. Sekarang pemimpin UMNO saling pijak-memijik sesama sendiri untuk naik keatas. Dalam situasi tersebut mereka akan bertindak seumpama lanun dimana mereka akan merompak apa saja hak rakyat demi untuk kepentingan diri sendiri dan kroni demi untuk membiayai kos pengekalan kuasa.
Dalam keadaan sekarang tidak nampak sebarang tanda UMNO akan menjauhkan diri dari amalan rasuah politik yang telah menjadi kanser dalam perjuangan UMNO. Amat malang sekali andai perjuangan untuk membela nasib orang Melayu masih diberikan kepada puak-puak UMNO ini kerana sememangnya mereka sudah tidak ada lagi roh perjuangan untuk membela anak bangsanya. Apa yang ada sekadar slogan dan retorik sahaja. Hanya irama paluan tin kosong yang digubah dengan malodi yang indah-indah untuk melekakan rakyat yang masih dibuai mimpi. Tetapi apa yang UMNO tak tau bahawa kini orang Melayu tidak lagi bermimpi. Melayu sudah mula berpijak di bumi yang nyata!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment