18 November 2008

Itik Gembo-Gembo Berangan Kembali Nak Jadi Menteri

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pemimpin tertinggi Pergerakan Wanita UMNO perlu mencari kaedah terbaik bagi mengelak berlaku konflik kepimpinan ekoran penetapan pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada Jun depan.


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kekeliruan di kalangan ahli boleh berlaku apabila jawatan tertinggi dalam sayap parti itu tidak dipertandingkan.

Beliau berkata, mungkin Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz tidak mempunyai agenda tetapi jarak masa tiga bulan seperti mana yang dipertahankan oleh beliau boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran menjelang perhimpunan agung Mac nanti.

- Utusan Malaon Online

koi : Yang koi pelik sangat kenapa Rafidah Aziz ni liat sangat nak lepaskan jawatan Ketua Wanita ni? Dah la tak terpilih dalam barisan kabinet Dollah Badawi, tak paham-paham lagi ker orang dah tak nak. Pencalunan jawatan Ketua Wanita pun dah tak dapat pencalunan 100%, bermakna semua bahagian yang calunkan Shahrizat tu memang tak nak dah Rafidah jadi Ketua. Sepatutnya awak bagi la laluan kat Shahrizat tu untuk memimpin Wanita. Awak nak cari apa lagi? Jadi Menteri dah lama sangat dah. Zaman kegemilangan awak dah berlalu. Jangan la tamak sangat. Tapi baru koi teringat Rafidah ni orang Mahathir. Tak lama lagi Najib akan jadi PM bulan Mac depan. Najib pun orang Mahathir. Jadi baru la koi tau rupa-rupanya Rafidah ni dah pasang angan-angan, nanti bila Najib naik jadi PM, harapan Rafidah untuk kembali jadi Menteri pasti ada. Tapi kena la waktu tu Rafidah ada jawatan dalam parti, khususnya Ketua Wanita. Kalau tak ada sebarang jawatan, susah sikit la Najib nak lantik dia, pasti orang akan pertikai. Najib jadi PM bulan Mac, pelan peralihan kuasa pergerakan bulan Jun. Ini bermakna waktu Najib jadi PM, Rafidah masih Ketua Wanita. Bila Rafidah dah jadi Menteri semula, jangan diharap bulan Jun depan tu Rafidah nak serahkan Ketua Wanita tu kepada Shahrizat. Pada waktu tu Shahrizat akan menggigit jari untuk jadi Ketua Wanita. Jadi kesimpulannya Rafidah mempunyai agenda peribadi disebalik pelan peralihan kuasa tersebut, bukannya untuk kebaikan Wanita Umno pun.

No comments: