
Shah Rukh Khan adalah di antara 77 orang yang dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke-70 bulan lalu. Bagaimanapun, penganugerahan itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Idea untuk menganugerahkan darjah kebesaran itu dicetuskan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin manakala Ali mempertahankan penganugerahan itu. Setiausaha Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh yang dilantik untuk menguruskan kedatangan Shah Rukh Khan ke sini bagaiamanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
- Pahang Daily
koi : Malunya koi dengar Datuk tu tak sudi nak datang ambik gelaran tu kat Melaka. Nampak sangat dia langsung tak menghargai gelaran tu. Tapi tak boleh nak salahkan dia sebab gelaran tu kita yang terhegeh-hegeh nak bagi. Sepatutnya tanya la dia dulu setuju ke tak menerima gelaran tu baru la diumumkan. Walau koi bukan orang Melaka tapi tompang malu sebab 'Sultan Melaka' tu orang Pahang. Mungkin Khalil Yaakob keturunan Tun Teja puteri Pahang yang dibawak lari oleh Hang Tuah dulu kot ... wakakakaaa ... Benar macam kata Hang Tuah dalam filem P. Ramlee dihujung cerita Hang Tuah tu "Siapakah yang bersalah?" Dan koi tokok-tambah sikit .. "Shah Rukh Khan kah yang hampeh atau siapa kah yang hampeh??
No comments:
Post a Comment