25 November 2008

Shah Rukh Khan sah ke Melaka 6 Dis

Artis popular Bollywood Shah Rukh Khan telah memberi persetujuan untuk datang ke Melaka pada 6 Disember depan bagi menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Kehormat'.

Ini disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh dalam satu kenyataan hari ini.

Istiadat penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 10 pagi hari berkenaan.

Di majlis itu, Shah Rukh akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok - satu-satunya artis bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton di seluruh dunia.

Seramai 1,000 orang akan dijemput ke majlis teresbut dan ia terhad kepada jemputan sahaja.

- Malaysiakini

koi : Kita sama-sama tunggu tarikh tu jadi tak Datuk ni datang. Kita nak tengok dia pegang dengan janji atau tidak. Kalau kali ni die masih tak datang juga maka elok la batalkan saja anugerah yang nak bagi kat dia tu. Kan masih ramai lagi Anak Malaysia yang lebih berhak menerima. Dan satu lagi yang paling penting rakyat nak tahu kedatangan Datuk tu nanti ngan duit sendiri atau ada orang sponsor ker. Jangan pulak nanti Kerajaan Negeri Melaka yang keluar peruntukan menanggung kedatangan die sudah le.

No comments: