27 December 2008

Peneroka terima Bonus atau Bagi Pakai Dulu Duit ?

KUALA LUMPUR: Seramai 84,581 peneroka Felda di seluruh negara akan menerima bonus insentif berjumlah RM144.44 juta pada Disember tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Peningkatan pembayaran bonus pada kali ini berbanding RM146.39 juta pada tahun lepas disebabkan harga komoditi kelapa sawit dan getah yang bertambah baik di samping luas kawasan tanam semula yang mengeluarkan hasil semakin meningkat,” katanya.

Najib berkata, meskipun jumlah penerima tahun ini berkurangan berbanding tahun lalu iaitu 90,322 orang, namun jumlah bayaran insentif kepada peneroka yang memperoleh hasil maksimum meningkat daripada RM1,800 kepada RM2,000.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat bulanan pengurusan tertinggi Felda di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kadar bayaran bonus minimum juga dinaikkan daripada RM600 kepada RM700.


Amboi .. Amboi .. Baiknya hati Felda sanggup bagi bonus kepada peneroka setiap tahun. Tambah manis lagi bonus tersebut telah diumumkan oleh Najib Razak. Pastinya peneroka akan terasa terhutang-budi kepada Najib. Maka akan berkata lah peneroka bahawa Najib lah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib peneroka.

Persoalannya adakah benar pemberian tersebut sebagai Bonus? Kalau mengikut sebagaimana bonus yang diterima oleh kakitangan kerajaan, pemberian tersebut tidak perlu dibayar balik, barulah sesuai dinamakan bonus. Tetapi bagaimana pula dengan bonus yang diberikan kepada peneroka yang Najib umumkan ini? Dan kenapa pula hanya peneroka yang tanam semula melalui Felda sahaja mendapat bonus, sedangkan peneroka yang tanam semula secara persendirian tidak menikmatinya?. Disini nampaknya semacam ada muslihat disebalik pemberian bonus tersebut. Kalau benar Felda jujur dan ikhlas mahu membantu peneroka, bantulah semua sekali termasuk peneroka yang menanam semula secara persendirian.

Sebenarnya muslihat disebalik pemberian bonus ini terlalu mudah untuk difahami. Felda memberikan bonus hanya kepada peneroka yang menanam semula melalui Felda sebab mereka ini telah terikat dengan Felda. Apabila hasil keluar nanti 'bonus' tersebut akan dipotong kembali daripada hasil pendapatan peneroka. Bonus tersebut sebenarnya bukanlah pemberian PERCUMA!. Jadi, kenapa pemberian itu disebut sebagai bonus? Bukankah lebih jujur sekiranya ianya disebut sebagai Wang Pinjaman atau Wang Pendahuluan. Tambah menyedihkan Felda akan membeli hasil peneroka ini nanti dengan harga yang lebih murah berbading dengan harga pasaran diluar Felda. Bagi peneroka yang menanam semula secara persendirian, mereka ini tidak terikat dengan pihak Felda dan mereka bebas untuk menjual hasil diluar dangan mendapat harga jualan mengikut harga pasaran semasa.

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Felda, penerima tahun ini 84,581 peneroka, manakala tahun lalu 90,322 peneroka, ini bermakna berkurangan seramai 5,741 orang. Pengurangan jumlah ini sebenarnya situasi yang tidak mengembirakan Najib dan juga pihak Felda. Pengurangan ini sebenarnya membuktikan peneroka telah mempunyai kesedaran bahawa menyerahkan kepada Felda bagi menanam semula adalah merugikan peneroka itu sendiri. Lantaran itu peneroka ini akan terus dicap sebagai pemyokong parti pembangkang. Benar kata kebanyakan peneroka yang telah ada kesedaran tersebut bahawa Felda dulu TOLONG .. sekarang ALONG!

No comments: