14 December 2008

Pilihanraya Kecil sebagai ' Test Market' populariti Bakal PM


Lebih kurang dua bulan setengah lagi dari sekarang Najib Razak akan bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-6. Maka setiap kali pilihanraya kecil yang diadakan menjelang bulan Mac 2009 itu, pastinya rakyat mengetahui bahawa ianya adalah medan untuk menguji populariti Najib sebagai Bakal PM.

Sebanarnya Najib telah bersedia dengan 'statement' yang hanya menunggu masa untuk diumumkan iaitu bunyinya seperti berikut "Kemenangan ini adalah memebuktikan bahawa rakyat telah kembali menyokong Barisan Nasional serta ianya juga sebagai bukti sokongan padu seluruh rakyat terhadap kita dan kemenangan ini juga sebagai bukti Pakatan Rakyat telah ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia" Tetapi bilakah saat untuk membuat pengumuman tersebuta akan tiba sekiranya dalam setiap kali pilihanraya kecil BN tersungkur?

Dalam ujian kali pertama selepas Pilihanraya ke-12 iaitu Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, terbukti Najib GAGAL apabila jumlah undi majoriti calun Pakatan Rakyat sahaja sudah cukup untuk mengalahkan undi keseluruhan yang diperolehi oleh calun BN (Amat MEMALUKAN!)

Tidak lama lagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang merupakan ujian kali kedua. Kita tunggu tanggal 17 Januari 2009, tetapi berdasarkan senario politik semasa, kali ini sekali lagi Najib akan menanggung malu kerana masih GAGAL !

Habis tu bila lagi BN nak menang dalam pilihanraya kecil? Nak tunggu sampai 'Kucing Bertanduk' ke? Wakakakaa .....

Sekiranya sehingga bulan Mac 2009 dimana Najib sah ditabalkan sebagai PM tetapi BN masih kalah dalam setiap kali pilihanraya kecil. Itu semua adalah tanda-tanda awal yang cukup jelas bahawa dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti Barisan Nasional pasti akan BERKUBUR !

No comments: