14 December 2008

Mana janji Abdullah untuk Terengganu ??


Semasa kempen Pilihanraya Umum Ke-11 pada tahun 2004 dulu, Abdullah telah berjanji dengan rakyat Terengganu, sekiranya Barisan Nasional kembali memerintah di Terengganu, Rakyat Terengganu akan dapat melihat pembangunan yang tidak dapat digambarkan sebelum ini.

Kini janji tu sudah 4 tahun berlalu .. MANA DIA PEMBANGUNAN YANG DOLLAH BADAWI JANJIKAN UNTUK RAKYAT TERENGGANU ITU?



Adakah Masjid Kristal di Pulau Wan Man atau naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu semua sebagai PEMBANGUNAN YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN yang dimaksudkan itu?? Kalau lah setakat tiga projek ini je maka sudah terang lagi bersuluh Dollah Badawi telah menipu idup-idup rakyat Terengganu.

Sebenarnya semua tiga projek ini bukan keperluan hakiki mejoriti rakyat Terengganu yang hidup sengsara akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan sebagainya.

Wujudnya Masjid Kristal langsung tidak membantu meringankan beban hidup rakyat malah masjid tersebut hanya sekadar perhiasan dan bukannya masjid yang nak diimarahkan dengan majlis ilmu pun, malah untuk diadakan Solat Jumaat pun di masjid tersebut tidak mencukupu korum 40 orang jemaah.

Projek manaik taraf lapangan terbang juga tidak membantu meringankan beban rakyat. Berapa ramai sangat orang kampung rakyat Terengganu yang mampu menaiki kapal terbang kecuali Penerbangan Jemaah Haji yang sedikit memberikan kemudahan kepada rakyat.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga langsung tidak memberikan kebaikan kepada rakyat.

Apa yang pastinya kerja pembinaan ketiga-tiga projek pembangunan tersebut telah diberikan secara rundingan terus kepada orang luar yang merupakan kroni individu tertentu yang berada disekeliling Dollah Badawi sedangkan kontraktor rakyat Terengganu hanya berputih mata.

Sepanjang empat tahun selepas janji itu ditaburkan, itu sahaja projek pembangunan yang kelihatan. Lebuhraya masih tak siap-siap dan ianya akan terus menjadi gula-gula kepada rakyat apabila menjelang pilihanraya.

Tak lama lagi .. Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan .. Janji lama belum tertunai tak lama lagi pastinya BN akan terus menaburkan janji baru sebagai gula-gula kepada rakyat disana ... tetapi kali ini rakyat Terengganu sudah tidak rela DITIPU lagi!

No comments: