14 December 2008

Najib : BN tak penting untuk menang di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Barisan Nasional (BN) tak perlu mencatatkan kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini kerana telah terbukti BN adalah sebuah parti yang sudah tidak diterima oleh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekalahan dalam pilihan raya kecil itu nanti merupakan titik permulaan kehancuran UMNO dan BN selepas kekalahan yang memalukan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tahun lepas.

"Kita dah bersedia untuk kalah dalam pilihan raya kecil ini kerana kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu sudah tidak membawa apa-apa erti bagi masa depan kita.

"Ini kerana ia akan menjadi isyarat jelas kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia tetap tidak memilih BN sebagai parti pilihan utama mereka," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutup Pemukiman UMNO Terengganu dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Mike Tyson; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Aw-Aw; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Itik Gembo-Gembo; Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, serta seorang jemputan khas yang dikenali sebagai Aminah dari negara Monggolia. Ali Rustam menyatakan beliau terlupa untuk mengajak Datuk Shah Rukh Khan datang bersama beliau.

Untuk menerima kekalahan tersebut, Najib meminta semua ahli UMNO dan BN supaya merenggangkan barisan dan tak perlu bersatu hati dan tak perlu mengambil kira siapa calon yang akan dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti walau pun bukan anak tempatan.

"Saya langsung tidak mengharapkan semua pihak samada di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan untuk bekerjasama dan bersatu padu kerana kita tidak mengharapkan kejayaan ini.

"Ia tak perlu bermula daripada peringkat pemimpin kerana jika di atas sudah tak molek (baik) di bawah pasti juga tak molek," ujarnya.

Beliau memberitahu, kekalahan yang dialami oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 adalah kerana parti pembangkang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan ini ditambah parah apabila ahli UMNO sendiri tidak menyokong parti.

"Ahli-ahli UMNO sendiri sanggup mengkhianati dan bermuka-muka dengan kita. Mereka tidak sokong parti berikutan pemimpin pilihan mereka tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding," jelasnya.

- Utusan Malaon Online

WAKAKAKAKAKAKAAAA ......

No comments: