13 December 2008
Presiden Reformis ibarat gunting didalam lipatan bagi perjuangan PKR
Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar (gambar) di satu sidang akhbar di ibu kota.
Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.
- Malaysiakini
Koi naik pening dengan gelagat mamat sorang ni. Kalau betul dia ni pejuang reformasi tulen, dia pasti tidak memilih cara mengugut dan semacam nak melancarkan konfrantasi terhadap kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Dia ni hakikat sebenarnya mungkin penyokong kuat Umno tetapi berlagak sebagai ahli PKR. Atau mungkin dia diperalatkan oleh puak-puak Umno dengan tujuan untuk memporak-perandakan PKR dan Pakatan Rakyat dari dalam.
Atau mungkin dia ni bekas peyokong reformasi yang sealiran dengan Ezam Mohd Nor yang telah lama meninggalkan perjuangan reformasi. Sebanarnya Ezam lebih gentleman apabila secara terang-terang mengisytiharkan dirinya masuk Umno, cuma mamat ni mengambl pendekatan yang berbeza iaitu berlagak kononnya ahli PKR.
Tindakannya yang cuba mengungkit kembali perihal Anwar yang pernah memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi TPM” serta dia tergamak melebelkan Anwar sebagai jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik. Dari pengucapan ini jelas bahawa dia sememangnya ada menyimpan perasaan benci yang tidak terkata terhadap Anwar dan cara dia bercakap ini adalah senada dengan puak-puak penjilat Umno. Ini membuktikan sikap permusuhannya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan adalah tidak mungkin untuk makhluk jenis ini membuat teguran yang membina. Apa sebenarnya yang terdapat dalam kepala hotak berjambulnya hanyalah untuk mensabotaj Pakatan Rakyat. Tindakannya ini ibarat 'Musang berbulu ayam' atau ibarat 'Syaitan berwajah ahli Umno' dalam perjuangan aspirasi rakyat.
Orang jenis ini sebanarnya tidak ada tempat didalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment