11 December 2008

Semoga Datuk M. Kayveas tegas bersama aspirasi rakyat

KUALA LUMPUR - Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini memutuskan untuk terus kekal dalam Barisan Nasional (BN). Ia diputuskan dalam mesyuarat khas PPP di sini sebentar tadi. Malah mesyuarat itu juga memutuskan untuk memecat Penasihat parti itu, S.I. Rajah yang juag bekas Presiden PPP.

Mesyuarat itu tidak dihadiri oleh Presidennya, Datuk M. Kayveas yang kini berada di luar negara.

Semalam, Rajah berkata, Kayveas mempunyai dua pilihan yang boleh diambil oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu bahawa parti berkenaan bebas menentukan sama ada mahu kekal dalam BN ataupun sebaliknya. "Pertama beliau (Kayveas) boleh meletakkan jawatan sebagai Presiden parti atau membawa parti itu keluar BN," kata beliau hari ini.

Bagaimanapun beberapa jam selepas Rajah mengeluarkan kenyataan itu, Naib Presiden PPP, Datuk Maglin D. Cruz membidas bekas Presiden tersebut tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Katanya, Rajah bukan lagi anggota PPP.

Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu ekoran pendirian Kayveas bahawa PPP akan keluar BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum ke-13.

- Pahang Daily Online

KOI : Nampaknya didalam PPP terdapat dua puak, satu puak yang menyokong Datuk M. Kayveas yang berhasrat keluar BN jika ISA tidak dipinda sebelum PRU ke-13. Pendirian Presiden PPP ini kelihatan selari dengan kehendak rakyat yang mahukan ISA dihapuskan. Satu puak lagi penyokong Naib Presiden PPP, Datuk Maglin D. Cruz yang nampaknya terlalu takut dengan amaran BN lalu memutuskan PPP kekal bersama BN. Puak ini adalah puak pengampu yang terlalu takut kehilangan keistimewaan berada didalam BN.

Tindakan Naib Presiden PPP ini menampakkan seolah-olah PPP adalah sebuah parti yang tiada pendirian dan terlalu lemah untuk menghadapi tekanan. Jadi bagaimana rakyat hendak berlindung sekiranga parti tersebut tidak ada keberanian untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Datuk M. Kayveas yang tidak menghadiri mesyuarat petang tadi memperlihatkan beliau tetap berpegang tegah dengan pendiriannya. Syabas diucapkan kepada Datuk M. Kayveas !

No comments: