11 December 2008
Harap KM Pulau Pinang beri penjelasan !
Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.
Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya.
"Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.
Mohammad Fairus minggu lepas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.
- Malaysiakini
Selepas 10 bulan merampas Pulau Pinang, semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapakah Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin sukar untuk ditemui?
Adakah memang beliau tidak mempunyai masa untuk bertemu atau sememangnya beliau tidak berminat untuk berjumpa dengan barisan pemimpin pemuda PAS?
Atau adakah beliau telah tidak diberikan amanah dan tanggungjawab yang sewajarnya untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 lalu beliau menyepikan diri dari menghadiri sebarang majlis rasmi atau berjumpa dengan pimpinan parti gabungan didalam Pakatan Rakyat?
Amat malang seandainya beliau diletakkan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 semata-mata sekadar lambang setiakawan didalam Pakatan Rakyat sedangkan beliau terus dipinggirkan dari kepimpinan kerajaan negeri.
Kita mohon penjelasan dari Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment