11 December 2008

Tragedi Tanah Runtuh : Tahniah ! Azmin bawa usul tergempar ke Dewan Rakyat


Dewan Rakyat hari ini menerima usul tergempar PKR bagi membahaskan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan meranapkan empat banglo, Sabtu lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul yang dibentangkan oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berdasarkan peraturan mesyuarat 18 (1).

"Isu itu menepati peraturan mesyuarat iaitu perkara tertentu, mempunyai kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Jadi usul ini akan dibahaskan bermula 4.30 petang hingga 5.30 petang ini," katanya.

Semasa membentangkan usul berkenaan, Mohamed Azmin berkata kerajaan perlu ambil pandangan pakar secara serius termasuk penguatkuasaan undang-undang supaya pemilik tanah persendirian menyelenggarakan cerun tanah mereka.

- Malaysiakini

No comments: