
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman diseru prihatin dengan pengeluaran pasir secara besar-besaran yang telah membentuk tiga kawah besar setinggi bangunan 15 tingkat yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari Kota Tinggi.
Beliau digesa memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kemana pasir yang sebanyak itu dipunggah dan seandainya beliau gagal memberikan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri rakyat akan menganggap beliau terlibat sama dalam kerja-kerja pemunggaham pasir tersebut.
Rakyat sudah tidak boleh menerima penafian tanpa bukti sebagaimana kes berprofail tinggi yang melibatkan seorang pemimpin tertentu.
No comments:
Post a Comment