05 December 2008
ADUN tidak pernah terima aduan atau pekakkan telinga je?
JOHOR BAHRU 4 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah (gambar) berkata, beliau tidak pernah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah yang dihadapi ekoran kerja- kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu lebih dua penggal, tiada seorang pun penduduk Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan Sungai Rengit membuat aduan bahawa mereka menghadapi masalah ekoran kerja mengorek pasir itu.
"Tiada seorang pun pernah mengadu kepada saya, biarpun masalah kecil berhubung dengan kerja-kerja mengorek bukit bagi mendapatkan batu granit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas aktiviti mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya untuk mendapatkan batu granit.
- Utusan Malaon Online
KOI : Nak tunggu terima aduan daripada penduduk baru nak bertindak? Bila tiada aduan bermakna tak perlulah bertindak la ye? Ini lah sikap pemimpin Umno yang tidak prihatin dengan masalah rakyat apatah lagi masalah kedaulatan negara. Sebagai ADUN kawasan tersebut sepatutnya dia tidak perlu menunggu aduan daripada penduduk sekiranya dia seorang pemimpin yang peka dengan masalah rakyat. Persoalan yang lebih besar disini selain dari masalah keselamatan rakyat, sepatutnya difikirkan oleh pemimpin Umno adalah perbuatan menjual bahan galian tersebut kepada negara jiran adalah satu pengkhianatan kepada negara sendiri. Bahan galian termasuk pasir adalah merupakan milik rakyat negara ini dan dari sikap negara jiran tersebut yang langsung tidak menghormati hak Malaysia malah sanggup merampas Pulau Batu Putih daripada Malaysia melalui saluran undang-undang, sepatutnya kita tidak boleh lagi membenarkan walau seinci hak kita terlepas kepada negara tersebut. Semua rakyat telah membuka mata dengan sikap negara tersebut tetapi nampaknya pemimpin Umno langsung tidak mengambil pengajaran dari kes tersebut.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment