04 December 2008
Satu lagi pengkhianatan Umno
KOTA TINGGI 3 Dis. – Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.
Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit.
- Utusan Malaon Online
KOI : Pasir Johor ini telah dipunggah kemana kalau bukan ke Singapura untuk tujuan menambak laut bagi meluaskan pulau tersebut. Adakah pasir yang sebanyak itu diangkut ketempat lain dalam Negeri Johor atau ke negeri lain dalam Malaysia? Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin kerana semua rakyat tahu apa perlunya pasir yang sebanyak itu diangkut ketempat lain dalam Malaysia kerana semua tempat terdapat pasir. Adakah pihak kerajaan Negeri Johor tidak mengetahui sejak bila dan kemana pasir tersebut diangkut? Dan adakah pihak berkuasa tidak ada maklumat siapa yang mengeluarkan pasir tersebut? Adakah orang dari parti pembangkang yang punya angkara ini? Sudah semestinya bukan dan yang pastinya orang yang terlibat adalah orang yang rapat dengan pihak berkuasa negeri. Menteri Besar Johor mesti telah lama mengetahui perkara ini. Persoalannya kenapa perkara ini dibiarkan berlarutan sedangkan ianya telah lama berlaku didepan mata. Dimana suara puak-puak Umno yang sentiasa mendakwa pembela bangsa dan pembela negara kalau pasir yang sebegini banyak telah dipunggah ke negara jiran tersebut? Dimana Hishamuddin Tun Hussein Onn yang menjulang keris semasa Perhimpunan Agung Umno kononnya dia lah pembela bangsa. Masakan dia tak tahu perkara ni berlaku di negerinya sendiri? Atau adakah dia tompang makan semangkuk? Puak-puak Umno ini lah yang bukan sekadar pasir Johor nak dijual kepada Singapura, tetapi Negeri Johor malah Malaysia keseluruhannya kalau boleh nak dijual kepada Singapura. Selain itu projek Iskandar Malaysia juga adalah merupakan satu pengkhianatan kepada negara kerana orang Singapura yang takder tanah diberikan tanah disitu kononnya atas nama pembangunan. Puak-puak Umno inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan pengkhianat negara yang sanggup menjual hak sendiri kepada orang luar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment