26 December 2008
Rasuah Politik : Lembaga disiplin Umno sekadar sandiwara !
Ahli Umno yang meminta sogokan untuk diri sendiri bagi menyokong calon jawatan parti, masih boleh terlepas daripada tindakan disiplin akibat kelemahan Tataetika Ahli Umno walaupun peraturan itu baru saja dipinda Mac lalu.
Sambil mencadangkan agar tataetika itu dipinda sekali lagi, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail (gambar), berkata pada masa ini tidak ada peruntukan bahawa ahli yang meminta imbuhan, sama ada dalam bentuk kewangan ataupun lain-lain sebagai bayaran bagi undi atau sokongan, dikenakan tindakan.
"Kalau boleh kita pinda dan tambah perkara ini agar yang minta duit pun bersalah. Sekarang tak ada," katanya kepada Bernama di sini.
Perkara 5 tataetika itu, yang dipinda pada Mac lalu, menetapkan bahawa salah laku berkaitan rasuah/sogokan politik dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
* Menyalahguna kuasa secara langsung atau tidak langsung sama ada secara sendiri atau melalui orang lain bagi pihaknya, untuk mendorong atau memaksa orang mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti, sama ada bagi pihaknya atau bagi pihak lain;
* Memberi, meminjam, meminta atau bersetuju untuk memberi, meminjam, meminta atau menawarkan, menjanjikan atau berjanji untuk mendapatkan wang atau apa-apa balasan bernilai bagi seseorang ahli parti atau orang lain dengan tujuan mendorong ahli supaya mengundi atau tidak mengundi pada mana-mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain; dan
* Memberi atau menerima, atau membenarkan anggota keluarganya atau mana-mana orang untuk memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada mana-mana anggota Umno hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya, bagi mendorong seseorang anggota parti supaya mengundi atau tidak mengundi pada mana-mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau pihak lain.
Beberapa pegawai kanan Umno mengesahkan bahawa pihak yang dimaksudkan dalam salah laku ini ialah calon dan ejen bagi pihak calon atau bagi pihak perwakilan dan bukan merujuk kepada ahli yang meminta sogokan untuk diri sendiri.
Pemerhati politik berpendapat pindaan yang dicadangkan itu adalah relevan kerana ramai ahli peringkat akar umbi mendakwa perbuatan ahli meminta sogokan untuk diri sendiri menjadi semakin berleluasa semasa mesyuarat agung cawangan dan bahagian Umno baru-baru ini.
Penasihat Undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam satu temubual dengan Bernama bulan lepas turut mengakui mendengar dakwaan semakin ramai ahi yang mendekati bakal-bakal calon meminta sogokan jika mahukan undi mereka.
- Malaysiakini
Kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, pada masa ini tidak ada peruntukan bahawa ahli yang meminta imbuhan, sama ada dalam bentuk kewangan ataupun lain-lain sebagai bayaran bagi undi atau sokongan, dikenakan tindakan. Jadi kalau macam tu keadaannya apa guna diwujudkan Lembaga Disiplin Umno?. Adalah lebih elok dibubarkan sahaja kalau tugas lembaga tersebut sekadar menerima aduan rasuah politik, kemudian tiada tindakan susulan dilakukan untuk menyeret pesalah tersebut kemuka pengadilan. Atau lembaga tersebut sekadar dijadikan alat pembunuh oleh pemimpin tertinggi parti terhadap musuh-musuh beliau didalam Umno itu sendiri dimana lembaga tersebut akan diperalatkan untuk mencantas mana-mana pemimpin yang dirasakan menjadi ancaman kepada pemimpin tertinggi parti.
Pesalah rasuah politik didalam Umno dapat dilindungi daripada diambil tindakan melalui undang-undang sivil setelah pesalah tersebut dijatuhkan hukuman oleh lembaga disiplin Umno. Dimanakan letaknya 'Kedaulatan Undang-Undang' seandainya pesalah rasuah politik Umno sentiasa 'kebal' dari segi undang-undang?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment