24 December 2008
Kenyataan Exco Penerangan Pemuda Umno Selangor mengesahkan Umno parti tempat cari kekayaan.
Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim (gambar) tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.
"Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno)," kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.
"Selama 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno)."
Mengulas tindakan Umno awal bulan ini yang didakwa punca Zahar meninggalkan parti itu, Nor Azman berkata penggantungan Zahar selama tiga tahun bukan diambil sewenang-wenangnya.
"Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab," katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.
Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.
- Malaysiakini
Selama ini kita semua tahu bahawa tujuan seseorang yang bergiat didalam parti karat Umno adalah semata-mata untuk mencari kepentingan diri sendiri. Bagi yang dah kaya-raya, nak tambah lagi kekayaan. Bagi yang senang sedikit, berangan nak jadi OKB (Orang Kaya Baru). Manakala bagi yang hidup susah, kebanyakannya ahli Umno diperingkat cawangan, mereka ini akan sentiasa diperalatkan oleh pemimpin peringkat cawangan. Jadi kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pemuda Selangor ini mengesahkan budaya tersebut ibarat 'sudah terang lagi bersuluh'.
Mana ada lagi semangat untuk membela agama, bangsa dan negara didalam hati ahli Umno. Apa yang dilaung-laungkan hanyalah slogan dan retorik semata-mata supaya menampakkan seolah-olah merekalah pejuang dan pembela bangsa Melayu yang sebenar-benarnya. Kalau siang-malam asyik memikirkan macamana cara untuk menang dalam pemilihan, mana ada masa lagi untuk memikirkan nasib bangsa Melayu. Bagi ahli peringkat cawangan, asyik berebut nak jadi pemimpin peringkat cawangan, begitu juga diperingkat bahagian atau peringkat Majlis Tertinggi. Apa yang pasti persaingan disemua peringkat tersebut melahirkan dua kumpulan yang hanya baik kelihatan diluar tetapi sebenarnya bermusuhan. Bagi kumpulan yang menang, mereka akan dapat semua peluang dan bagi kumpulan yang kalah pastinya akan hilang semua peluang. Peluang tersebut tentunya peluang untuk mendapatkan kekayaan diri sendiri.
Penggantungan Datuk Zahar selama tiga tahun sebebarnya amat jelas memberi amaran bahawa kesalahan yang paling besar didalam Umno adalah kesalahan mendedahkan penyelewengan pemimpin tertinggi Umno. Tindakan Zahar yang mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter serta beliau mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa, telah dihukum oleh Umno.
Jadi budaya dalam Umno, sekiranya tak nak hilang kekayaan yang dah diperolehi melalui Umno, maka jangan sekali-kali cuba nak mengorek penyelewengan atau kesalahan pemimpin utama. Kalau mengetahui ada berlaku penyelewengan walau berlaku didepan mata sekali pun, terpaksa lah buat-buat tak nampak, janganlah cuba nak menjadi hero yang nak menegakkan keadilan. Bagi mereka yang pandai mengampu kalau bernasib baik boleh tompang makan semangkuk, walau pun hanya dapat makan kuah sahaja. Tetapi kuah sahaja dah bernilai puluhan ribu atau ratusan ribu. Pemimpin yang makan isi pastinya mendapat jutaan atau bilion ringgit nilainya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment