19 December 2008

Kenapa Rafidah tidak wakilkan Shahrizad mengetuai kempen wanita di Permatang Pauh?


KUALA TERENGGANU 18 Dis. - Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menjelaskan sebagai Ketua Wanita UMNO, beliau yang mengetuai kempen pergerakan itu bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.

Justeru katanya, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dalam pilihan raya kecil sebelum ini, beliau juga yang mengetuai jentera pergerakan tersebut.

Kecuali pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos lepas, Rafidah berkata, beliau terpaksa mewakilkan tanggungjawab tersebut kepada pemimpin lain kerana baru selesai menjalani pembedahan lutut.

"Sebagai ketua, saya mengetuai (kempen Wanita UMNO) di semua pilihan raya kecil kecuali di Permatang Pauh, saya wakilkan kepada Setiausaha Eksekutif Wanita UMNO, ia memang sentiasa macam itu.

- Utusan Malaon Online

Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Rafidah wakilkan Setiausaha Eksekutif UMNO untuk mengetuai kempen Wanita UMNO, kenapa tidak Shahrizad? Sedangkan Shahrizad adalah Naib Ketua? Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena antara Rafidah dengan Shahrizad. Sebagai Naib Ketua Shahrizad sudah semestinya tiada kuasa untuk melantik siapa yang sepatutnya mengetua kempen tersebut dan kuasa tersebut ada pada Rafidah.

Disini jelas kepada kita bahawa Rafidah sememangnya tidak mahu memberikan kerjasama kepada Shahrizad dan tidak mahu memberi peluang kepada Shahrizad untuk memikul tanggung-jawab tersebut.

Persoalannya kenapa situasi jadi begini? Adakah Rafidah merasakan Shahrizad merupakan orang yang akan mengangcam kedudukan beliau senagai Ketua Wanita, justeru itu Shahrizad tidak perlu diberi peluang untuk menonjolkan kepimpianannya. Rafidah dan kumpulanya telah mengatur perancangan licik untuk menyekat kemaraan Shahrizad dan melihat Shahrizad perlu di sisihkan supaya kerusi Ketua Wanita tidak diganggu-gugat.

Lantaran itu ketika Shahrizad tumbang di Parlimen Lembah Pantar dalam PRU ke-12, Rafidah adalah merupakan orang yang paling gembira atas kekalahan tersebut.

Melihat kepada situasi tersebut, adalah wajar bagi Shahrizad bertindak nekad untuk mencabar Rafidah Mac depan kerana ianya adalah perhitungan hidup atau mati bagi karear politik beliau.

No comments: