29 January 2009

Wooi Syed Hamid.. tak timbul kes rakyat nak jadikan penjenayah sebagai hero.. rakyat nak tau kenapa soal siasat polis sampai ketahap membunuh suspek?


Menteri dalam negeri tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang, lapor Bernama.

Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis.

"Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.

Syed Hamid bagaimanapun enggan mengaitkan kenyataannya itu dengan kematian suspek curi kereta A Kugan semasa dalam tahanan di balai polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas.

"Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," menteri itu dipetik berkata.

- Malaysiakini

Masalah pokok ialah kenapa soal siasat polis sampai ketahap membunuh suspek? Perkara ni dah berlaku dan semua rakyat tahu A. Kugan telah mati ketika dalam jagaan polis. Pihak polis mesti bertanggung jawab penuh diatas kejadian ini. Syed Hamid sepatutnya mengaku saja lah terhadap kesilapan yang telah pihak polis lakukan ini dan ambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan tersebut supaya imej pasukan polis terpelihara. Ini tidak, Syed Hamid seolah-olah cuba nak menegakkan benang yang basah. Usahkan nak bersimpati dengan nasib malang yang menimpa keluarga Kugan, malah dua orang Timbalan Menteri yang turun padang untuk membantu mangsa telah diugut akan diambil tindakan. Rakyat pula tidak semena-mena telah diminta supaya tidak menjadikan penjenayah sebagai hero. Bila masa pulak rakyat nak jadikan penjenayah sebagai hero?. Rakyat sekadar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis yang melampau. Syed Hamid jangan nak menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN.

No comments: