29 January 2009

Kerajaan perlu hormati perasaan rakyat


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO membidas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah kerana cuba meletakkan kedudukan mereka melebihi undang-undang negara.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka bertiga tidak sepatutnya melupakan prinsip asas undang-undang bahawa yang salah tetap bersalah.

Sehubungan itu, beliau meminta ketiga-tiga tokoh parti politik India dalam gabungan komponen Barisan Nasional (BN) itu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

“Dia (Samy Vellu, Devamany dan Murugiah) siapa boleh meletakkan diri melebihi undang-undang negara, yang salah tetap bersalah.

“Mereka perlu akur kepada undang-undang negara secara terhormat,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di Mekah hari ini.

- Utusan Malaon Online

"Yang salah tetap salah???". Siapa yang bersalah maksud Hishamuddin tu? Adakah A. Kugan yang baru disyaki mencuri kereta mewah tu dah dikira bersalah sedangkan mahkamah belum menjatuhkan hukuman, malah Kugan belum pun didakwa di mahkamah, cuma baru disoal siasat tetapi dia telah menjadi korban pertama polis bagi tahun 2009.

Sebenarnya Datuk Seri S. Samy Vellu, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah bukan berniat untuk tidak menghormati kedaulatan undang-undang negara. Mereka bertiga sekadar mahukan keadilan bagi keluarga Kugan. Mereka yang berada didalam kerajaan ini merasakan adalah wajar untuk mewakili kaum India di Malaysia, jadi mereka merasa terpanggil untuk mempertahankan keluarga Kugan yang teraniya.

No comments: