01 February 2009
ADUN PKR 'hilang' tetibe muncul ..Yang dikejar tak dapat .. yang dikendong tercicir .... KAH KAH KAH
IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu berkata surat peletakan jawatan itu yang dimaksudkan V.Sivakumar itu telah ditandatangani pada 8 Mac tahun lepas.
"Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh Adun PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).
"Nampaknya surat ini telah digunapakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.
"Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Sivakumar mengumumkan mereka meletakkan jawatan.
- Bernama
DUA ADUN NI DAH BERANGAN AKAN JADI JUTAWAN SEGERA APABILA DIBERI HABUAN RM10 JUTA KERANA MELOMPAT PARTI DARI PKR KEPADA UMNO .. TETIBA SURAT PERLETAKAN JAWATAN YANG DITANDATANGANI OLEH MEREKA SENDIRI TELAH MENJERAT DIRI SENDIRI .. SEKARANG KEDUA-DUANYA BUKAN LAGI ADUN DAN BERLAWAK TAK MENGAKU PULAK DAH TANDATANGAN SURAT TU DEMI UNTUK MENCAPAI HASRAT JADI JUTAWAN SEGERA WAKAKAA ... WAHAI KAMU BERDUA SEDAR LAH BAHAWA SEKARANG DIRI KAMU SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI OLEH UMNO DAN BN DAN HABUAN YANG DIJANJIKAN ITU DITARIK BALIK .. KAMU BERDUA SEKARANG TIDAK ADA NILAI WALAU SATU SEN PUN BAGI UMNO DAN BN!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment