
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob (gambar) berkata, sehingga hari ini juga, belum ada mana-mana pihak atau individu tampil membuat keterangan mengatakan mereka terlibat melakukan perkara itu.
"Tiada keterangan atau maklumat mengaitkan kes tersebut dengan Pergerakan Pemuda UMNO malah tiada mana-mana pihak atau individu sekali pun (dikaitkan dengannya setakat ini).
"Siasatan membabitkan kes itu sedang giat dijalankan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Karpal pada 19 Februari lalu mendakwa menerima sekeping sampul mengandungi sepucuk surat berserta dua butir peluru hidup yang diposkan ke alamat rumahnya di Jalan Utama, di sini.
- Utusan Malaon Online
No comments:
Post a Comment