10 March 2009
Percakaran Rafidah dengan Shahrizat semakin kronik
PUTRAJAYA 9 Mac - Bakal Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) harus mempunyai keserasian dengan ketuanya tanpa mengira siapa yang menerajui pergerakan itu hujung bulan ini.
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan, soal serasi atau tidak dengan ketua tidak sepatutnya dibangkitkan oleh seorang naib ketua kerana beliau sendiri mengetepikan perkara itu semasa berketuakan Tan Sri Fatimah Hashim dan Tan Sri Aishah Ghani.
''Seorang Naib Ketua Wanita takkan nak melolong tak tentu pasal, takkan nak bawa impian sendiri, tentulah haluan dan matlamatnya kena sama dengan ketuanya.
''Saya nanti jika ditakdirkan jadi (pertahankan jawatan) Ketua Wanita, tentulah saya hendakkan naib ketua saya serasi dengan saya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kamilia hari ini bahawa bakal Naib Ketua Wanita itu lebih serasi bekerja dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu pesaing Rafidah dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO 24 Mac ini.
Kamilia menang tanpa bertanding jawatan naib ketua setelah Shahrizat, yang melepasi pencalonan untuk jawatan nombor dua itu, beralih arah untuk mencabar Rafidah.
Rafidah memberitahu, beliau sebenarnya telah menyediakan satu pelan terbaik untuk Shahrizat mengambil alih kepimpinan Wanita tetapi kecewa kerana ia tidak diendahkan oleh naib ketuanya itu.
''Saya dah tawarkan pada Ogos lagi, kemudian beralih ke Jun, nanti Jun ambillah, tapi tetap nak lawan, kalau nak lawan tiada masalah, nah lawanlah.
''Saya bertanding sebab saya nak kerja untuk Wanita UMNO. Setakat nak jadi penasihat, sesiapa pun boleh telefon saya termasuk anda sendiri. Setakat nasihat, saya pun sedia nasihat pada sesiapa yang inginkannya," katanya.
- Utusan Malaon Online

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment