24 February 2010

Antara untungkan BN dan untungkan Pakatan Rakyat

ISU CAMPUR TANGAN ASING DALAM KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM ...
Nik Aziz - Itu sokongan bukannya campur tangan .. (Nik Aziz tidak sokong perbicaraan konspirasi politik ini )

Haji Hadi - Kita menentang campur tangan asing ... ( bermakna Haji Hadi sokong la perbicaraan kes liwat ini )

29 December 2009

Jalan pintas Muhyiddin Yassin untuk menjadi PM gagal !

Hampir dua minggu berlalu dan hari silih berganti namun kelibat Tan Sri Muhyiddin Yassin terus tidak kelihatan samada melalui media arus perdana mau pun media baru blog.

Kini seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya kemana menghilangnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Semanjak kali terakhir beliau bergegas bersama Najib Razak dan muncul di Bangunan Parlimen pada malam pengundian untuk meluluskan Baget 2010, dan selapas saat itu beliau terus tidak dapat dikesan. Apa sudah terjadi sebanarnya.

Ada pihak membuat spekulasi bahawa ketidakhadiran 74 orang wakil rakyar Barisan Nasional pada malam tersebut adalah disengajakan untuk memalukan Najib Razak. Malah ada yang mengandaikan bahawa ada pihak-pihak tertentu dikalangan wakil rakyat Barisan Nasional yang sememangnya mengharapkan supaya Baget 1 Malaysia itu gagal untuk diluluskan dan sekiranya perkara tersebut berlaku maka Najib Razak akan menerima pukulan maut kerana Pentadbiran Najib akan tumbang.

Selepas tumbangnya Kerajaan Najib maka Pilihanraya Umum Parlimen terpaksa diadakan semula. Kumpulan ini mengandaikan apabila pilihanraya Umun semula diadakan, maka Najib sudah tidak layak untuk memimpin BN dan orang yang paling layak adalah Muhyiddin Yassin kerana beliau adalah TPM dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Bagaimana pun perancangan untuk menumbangkan Pentadbiran Najib Razak gagal kerana Baget 2010 berjaya diluluskan meski pun hanya dengan majoriti 3 undi.

Dari situasi cemas tersebut banyak pihak mengandaikan bahawa Najib Razak terlalu marah kepada Muhyiddin Yassin kerana dipercayai kebanyakan wakli rakyat Barisan Nasional yang tidak hadir pada malam pengundian tersebut adalah orang-orang Muhyiddin Yassin.

Disebabkan itu kehilangan Muhyiddin Yassin sejak hampir dua minggu ini adalah kemungkinan sebagai tindak balas Najib dan langkah-langkah awal Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Sama-sama kita tunggu bilakah Muhyiddin akan muncul.

23 November 2009

Kota Siputeh - SPR jadi 'BARUA' umno

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.


Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

- Malaysiakini

Apa yang menjadi persoalan sekarang kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh sehingga membawa kes ini ke mahkamah dan dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan SPR itu,
SPR berhasrat pula untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan

Sepatutnya SPR perlu akur dengan keputusan Speaker DUN Kedah, dan sepatutnya SPR arif dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dalam perkara ini.
Tetapi disebabkan SPR dikemudi oleh Pengerusi yang bengong dan sengaja memperbodohkan diri sendiri, SPR sanggup melacurkan dirinya untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional.

Logiknya UMNO yang sepatutnya berusaha keras tetapi kini SPR yang lebih-lebih.

17 October 2009

UMNO syok sendiri atas kemenangan di Bagan Pinang

Najib yang paling ketara dilihat 'Syok Sendiri'

Sekiranya undi pos tidak diambil kira, majoriti yang diperolehi oleh calon BN Tan Sri Isa Samad sekadar 2,515 dan hanya separuh daripada majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Permatang Pasir baru-baru ini. Majoriti 2,515 itu bukanlah majoriti yang besar dan tidak menggambarkan peningkatan sokongan pengundi Bagan Pinang terhadap BN, jauh sekali untuk menggambarkan sokongan keseluruhan rakyat Malaysia.

Bantuan daripada pengundi pos yang seramai 4.600 cuma terdapat di Bagan Pinang sahaja dan tidak terdapat di tempat lain.

Undi keseluruhan yang diperolehi calon BN Isa Samad iaitu 8,013, termasuk 3,521 undi pos, jadi undi yang diperolehi daripada pengundi biasa iaitu 4,492.

Undi keseluruhan diperolehi calon PAS Zulkifli Mohd Omar iaitu 2,578, termasuk 601 undi pos, bermakna undi yang diperolehi daripada pengubdi biasa iaitu 1,977.

Apabila dibuat pengiraan jumlah perbezaan daripada undi biasa adalah 2,515 sahaja.

Oleh kerana itu biarkanlah UMNO dan BN bermain dengan perasaan sendiri kononnya kini rakyat telah kembali menyokong mereka. Biarkan mereka menjadi golongan yang perasan dah syok sendiri.

06 October 2009

Jika Isa Samad menang : Mohammad Hassan bakal kehilangan jawatan MB


Sekiranya Tan Sri Isa Samad memenangi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, adalah dipercayai Momammad Hassan akan kehilangan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.

Sebagaimana maklum Mohammad Hassan adalah pemimpin yang dinobatkan sebagai Menteri Besar atas restu Khairy Jamaluddin ketika era PM Abdullah Badawi. Melihat kepada perkembangan semasa politik UMNO, segala pengaruh Khairy sedang dicantas habis-habisan oleh PM Najib Razak yang menjadikan Dr. Mahathir sebagai penasihat beliau.

Umum mengetahui permusuhan diantara Mahathir dengan Khairy telah sekian lama semenjak Khairy menggelarkan Mahathir sebagai 'beruk' suatu ketika dahulu.

Kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang sudah tentu membuatkan Mohammad Hassan akan merasakan kedudukan beliau akan tergugat. Oleh kerana itu adalah dipercayai bahawa Mohamad lebih rela Isa Samad dan Barisan Nasional kalah di Bagan Pinang demi menjamin kelangsungan survival politik beliau. Kemenangan Isa akan membuatkan Mohammad 'menghitung hari' menanti saat-saat kehancuran didalam karear politik beliau.

Isa Samad yang sememangnya diketahui begitu rapat dengan Najib Razak pastinya tidak sukar untuk menggantikan Mohammad Hassan sebagai MB.

16 September 2009

Isu selipar: Pemimpin BN, NGOK sanjung perwakilan MIC


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Tindakan berani seorang perwakilan MIC mencadangkan agar 'kalungan selipar' diletakkan pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus dipuji oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga pertubuhan bukan kerajaan yang pro BN (NGOK).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noor Osman berkata, cadangan itu memang wajar dikemukakan oleh pemimpin daripada mana-mana parti terutama komponen BN sendiri.

Katanya, pihak yang terbabit tidak harus menghormati jasa yang telah disumbangkan oleh Dr. Mahathir kerana semasa era pemerintahannya, beliau hanya membela kroni beliau sahaja dan tidak mementingkan seluruh rakyat terutama kaum India sendiri.

''Secara peribadi saya menganggap perwakilan itu memang wajar membuat cadangan sedemikian. Beliau tidak perlu menunjukkan rasa hormat kepada Dr. Mahathir sebagai orang yang tidak berjasa sama sekali" ujarnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Negeri Pasir Berdengung, Datuk T. Rajamanikam ketika dihubungi berkata, cadangan berhubung kalungan selipar yang dikemukakan oleh seorang perwakilan MIC adalah mewakili keseluruhan isi hati ahli parti dan orang India.

Beliau menegaskan, pada perhimpunan agung parti berkenaan, seramai 1,500 perwakilan hadir dan hanya seorang yang mengeluarkan cadangan itu adalah mewakili sebahagian besar perwakilan.

''Perwakilan itu bercakap terlalu emosi dan apabila emosi itu diluahkan, ia tidak lagi mengambil kira soal sensitiviti dan akibatnya boleh menggugat perpaduan kaum," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Melayu Pulau Ketam menggesa Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menzahirkan cadangan tersebut dengan segera sebelum isu itu lenyap begitu sahaja.

Persatuan itu turut mencadangkan MIC dan BN memberi penghormatan kepada perwakilan terbabit kerana keberaniannya sekali gus mampu meraih populariti beliau dikalangan kaum India.

Presiden Penjilat BN, Datuk Seri Yaakub Mat Aris berkata: ''Penghargaan wajar diberi kerana kita mahu semua pihak merasa berhak membuat kenyataan yang mampu menyedarkan rakyat negara ini''.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan, Zainal Abidin Hussain menyifatkan tindakan perwakilan tersebut sebagai membanggakan kerana ia datang daripada sebuah parti komponen BN yang berani mengemukakan cadangan tersebut dalam dewan yang diasaskannya.

''Kita yakin jika Samy Vellu tahu bagaimana perasaan orang Melayu beliau akan buat apa yang kita minta untuk mengelak tindakan balas daripada kita pada masa akan datang,'' tegasnya.

Presiden Gagasan Pengkhianat Melayu Perak, Datuk Seri Abdul Halim Isma berkata, pemimpin MIC perlu bersyukur dan tidak melupakan jasa para pemimpin Melayu terdahulu yang memberi hak kaum minoriti itu tinggal di negara bertuah ini.

''Samy Vellu selalu meminta pertolongan Perdana Menteri berhubung kaum India dan kalau itu tidak diinsafi MIC, kita amat kesal sekali." katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua ahli MIC juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan calon mereka pada pilihan raya sebelum ini termasuk di kawasan Samy Vellu adalah kerana sokongan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, katanya, sikap angkuh dan lupa diri yang diamalkan oleh pemimpin MIC itu kerana enggan berundur daripada politik menyebabkan pengundi meluat dan beralih arah.

''Semua rakan seangkatannya sudah meletak jawatan tetapi beliau belum lagi. Jadi, kalau benar Samy Vellu seorang pejuang masyarakat India dan Presiden MIC, beliau perlu menghargai tindakan perwakilan berkenaan,'' katanya.

- Utusan Malaon

Bonus raya Kerajaan Pakatan RM500 . . Kerajaan BN seharusnya terasa malu


Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak RM500 kepada kesemua 5,300 penjawat awam kumpulan sokongan yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.65 juta dan akan dibayar secara serentak esok.
Bayaran bonus itu diberi kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan termasuk yang berkhidmat secara kontrak, sambilan dan sementara, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar.

Azizan juga berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka pada 24 Sept ini di kediaman rasminya di Sri Mentaloon.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran yang sama kepada 9,000 penjawat awam negeri itu yang akan dibuat sebelum Hari Raya.

Kerajaan pusat telah mengumumkan pembayaran saguhati RM500 kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan yang akan dibuat dalam dua ansuran.

- BERNAMA

13 September 2009

Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya - Samy Vellu


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

- Malaysiakini

10 September 2009

Krisis MCA lahirkan parti baru

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini mendakwa penyokong Datuk Seri Chua Soi Lek, sedang bersedia untuk menubuhkan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai 'Parti Cinta Malaysia' selepas gagal untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membatalkan pemecatan Chua dari parti itu dan jawatan timbalan presiden.

Ibrahim Yaakub dari pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) PUlau Pinang hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu telah didaftarkan tiga bulan lalu.

Semakan dengan pejabat pendaftar pertubuhan di Seberang Perai mendapati Parti Cinta Malaysia (PCM) - sebuah parti pelbagai kaum - didaftarkan di Pulau Pinang pada 6 Ogos lalu.

Sijil pendaftarannya menunjukkan alamatnya di Chai Leng Park, Perai bersama senarai penuh ahli jawatankuasanya.

Presiden pertama parti baru itu ialah Tang Weng Chew,38, seorang pengarah sebuah syarikat bekalan makanan, bersama dengan Loo Kien Seang dan Lim Kim Chu masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata beliau tidak tahu banyak mengenai parti baru itu kerana biasanya pendaftaran parti politik dikendali dan diluluskan oleh pihak ibupejabat ROS di Putrajaya.

Beliau juga percaya permohonan PCM dibuat terus kepada ibupejabatnya di Putrajaya, tanpa melalui pejabat di Pulau Pinang.

"Saya akan tahu jika mereka menyerahkan borang permohonan kepada pejabat ROS Pulau Pinang," katanya.

Mengikut laporan media hari ini, Ong memberitahu perwakilan MCA dalam satu taklimat tertutup malam tadi bahawa Chua merancang untuk mendaftarkan sebuah parti politik jika dia gagal kembali semula ke dalam MCA.

- Malaysiakini

31 August 2009

Krisis MCA - tidak lama lagi MCA bakal berpecah dua

TAHUN 1998 - UMNO berpecah dua

TAHUN 2009 : MCA berpecah dua

TAHUN **** : MIC berpecah dua